followers

Rabu, 9 Oktober 2013

CARA MEMBUAT CUP CAKE PELANGI


Bagi yang baru ank berjinak dengan cara membuat kek di sini saya ingin memberi panduan cara membuat cupcake pelangi yang mudah. 

tonton video dibawah ini untuk mengetahui cara-cara membuatnya :-


                         

jika anda berminat nak order Cup Cake dari saya .

sila hubungi saya 0125040351 untuk mendapat harga istimewa dengan syarat minimun order 100pcs ke atas





NORLIE CAKE HOUSE PROFILE REVIEW


Jum kita lihat video mulanya saya menubuhkan Norlie Cake House yang telah bertapak sejak dari 2011 hingga kini masih beroperasi.  
Ada pelbagai contoh decoration kek yang akan di tayangkan dari Norlie Cake and Bakery.
semua produk saya adalah dijamin HALAL DAN TOYIBBAH

OFFER MENANTI ANDA DI NORLIE CAKE AND BAKERY


saya ingin promosi untuk tempahan kek sesuai untuk harijadi, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya juga menyediakan tempahan cupcake dan cookies sebagai gift untuk majlis majlis tertentu.
Kepada sesiapa yang ingin menempah sila kunjungi ke page saya Norlie Cake & Bakery atau boleh menghubungi saya terus. untuk tempahan yang melebihi 400pcs ke atas cupcake anda akan mendapat diskaun 10%.


CAKE PULUT HITAM



kek ni rasanya amat unik dan sedap sangat. rasanya sungguh berbeza dengan kek yang sedia ada yang pernah kita makan..ianya menggunakan tepung pulut hitam tapi di sini agak susah juga untuk mendapatkan tepung pulut hitam ni... kalau dapat pun ianya tidak boleh di simpan lama... tapi bagi yang rajin dan teringin sangat untuk mencubanya.. anda boleh blendkan pulut hitam hingga benar benar halus tapi prosesnya agak rumit kerana setelah di blend anda perlu mengayak tepung tadi.. tujuannya mengelakkan kek jadi bantat... untuk yang ingin mencuba resepinya ada saya sediakan di bawah ni.
pada yang teringin nak merasa kek ni tapi x ada masa membuatnya.. apa kata.. anda boleh menempah kek ni dengan akak je... sila hubungi akak ye.. tempahan dibuka mulai sekarang.


CAKE PULUT HITAM

Bahan-bahan ( 40 potong )

bahan 1:
5 bijik putih telur
150gram gula
1/2 sudu teh garam
Bahan 2 :
5 bijik kuning telur
100ml santan pekat
75ml minyak masak
150gram tepung pulut hitam
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate

Cara-cara
Masukan semua bahan 2 dalam sebuah mangkuk dan kacau guna whisk sampai sebati.jangan sampai berketul-ketul
mixer bahan 1 dengan kelajuan tinggi sampai stiff/kaku. apabila sudah stiff. ambik sedikit bahan 1 dan masukan kedalam bahan 2. kacau guna sudu/spatula plastik jerr..kacau dengan perlahan.masukan semua bahan 1 kedalam bahan 2 dan kacau sampai sebati.
siapkan acuan chiffon. jgn sapu dengan marjerin. tuang semua adonan kedalam acuan chiffon oven dgn suhu 180° C selama ± 50 minit ke 1 jam. setelah masak. terbalikkan acuan.letak atas mulut botol setelah dingin.lepaskan dari acuan.

Selasa, 8 Oktober 2013

DURIAN MILLE CREPE


sekali pandang tentu anda kata ia adalah kekkan... tapi sebenarnya ia adalah dari sejenis crepe... saya hias dia jadikan rupa sebiji kek.. dah rupanya cantik rasanya tentulah sememangnya sedap... membuat durian mille crepe ni bukanlah sesuatu yang mudah. anda perlu membuat sekeping demi sekeping sehingga aduan habis barulah dapat hasilnya tinggi seperti kek. bagi yang ingin mencuba di bawah ni saya sediakan resepinya sekali untuk anda cuba. 
kalau anda rasa x yakin membuatnya atau x cukup masa...anda bolehlah menempah dengan saya.. cepat.. sementara stok durian masih ada..


DURIAN MILLE CREPE

Bahan2..

500 gm susu segar
6 sdb F&N aiskrim soda
4 sdb gula kastor
4 biji telur
1 sdk esen durian * akak guna esen vanila
60 gm butter - cairkan
1 sdk pewarna kuning
270 gm tepung gandum - ayakkan
1/2 st garam * akak letak

Cara2nya..

1. Dalam mangkuk, satukan semua bahan2 kecuali tepung gandum, pukul sehingga adunan sebati dan gula larut.

2. Masukkan tepung dan pukul sehingga tepung sebati, nak guna 'blender' juga boleh.

3. Tapiskan adunan dan biarkan adunan berehat selama 30 - 40 minit.

4. Panaskan kuali kalis melekat, sapu minyak sedikit, letak 'ring cake' bersaiz 7 inci dan tuang 1 senduk sederhana ke dalam 'ring cake' tersebut, ratakan. (**akak x buat cara ni.., akak terus masuk dalam kuali non stick) Tidak perlu diterbalikkan. Angkat sesudah masak. Masak sehingga adunan habis.

5. Teruskan dengan pilihan anda, sama ada untuk sebijik kek atau seperti ketayap.

6. Sapu adunan durian cheese (resepi dibawah) pada setiap lapisan 'crepe' (jika untuk sebiji kek). Begitu juga dengan lapisan yang lain diakhiri dengan sapuan durian cheese pada keseluruhan 'crepe'.

7. Sejukkan 'durian mille crepe' sehingga adunan keras baru dihias mengikut kreativiti masing-masing.

Isnin, 7 Oktober 2013

Norlie Cake & Bakery


Selamat datang ke blog Norlie Cake & bakery. saya sedia menerima tempahan Cake Moist dan perbagai jenis biskut / cookies.



anda pasti tertarik dengan harga yang menarik