followers

Rabu, 9 Oktober 2013

CAKE PULUT HITAM



kek ni rasanya amat unik dan sedap sangat. rasanya sungguh berbeza dengan kek yang sedia ada yang pernah kita makan..ianya menggunakan tepung pulut hitam tapi di sini agak susah juga untuk mendapatkan tepung pulut hitam ni... kalau dapat pun ianya tidak boleh di simpan lama... tapi bagi yang rajin dan teringin sangat untuk mencubanya.. anda boleh blendkan pulut hitam hingga benar benar halus tapi prosesnya agak rumit kerana setelah di blend anda perlu mengayak tepung tadi.. tujuannya mengelakkan kek jadi bantat... untuk yang ingin mencuba resepinya ada saya sediakan di bawah ni.
pada yang teringin nak merasa kek ni tapi x ada masa membuatnya.. apa kata.. anda boleh menempah kek ni dengan akak je... sila hubungi akak ye.. tempahan dibuka mulai sekarang.


CAKE PULUT HITAM

Bahan-bahan ( 40 potong )

bahan 1:
5 bijik putih telur
150gram gula
1/2 sudu teh garam
Bahan 2 :
5 bijik kuning telur
100ml santan pekat
75ml minyak masak
150gram tepung pulut hitam
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonate

Cara-cara
Masukan semua bahan 2 dalam sebuah mangkuk dan kacau guna whisk sampai sebati.jangan sampai berketul-ketul
mixer bahan 1 dengan kelajuan tinggi sampai stiff/kaku. apabila sudah stiff. ambik sedikit bahan 1 dan masukan kedalam bahan 2. kacau guna sudu/spatula plastik jerr..kacau dengan perlahan.masukan semua bahan 1 kedalam bahan 2 dan kacau sampai sebati.
siapkan acuan chiffon. jgn sapu dengan marjerin. tuang semua adonan kedalam acuan chiffon oven dgn suhu 180° C selama ± 50 minit ke 1 jam. setelah masak. terbalikkan acuan.letak atas mulut botol setelah dingin.lepaskan dari acuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan